
Serba sedikit tentang NZR PROPERTIES
Encik Azman @Mohd Nazir Bin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Azman Hartanah adalah Pengasas / Pengarah Syarikat NZR PROPERTIES. Manakala Puan Nor Azah Bte Aziz juga adalah rakan kongsi dan Pengarah Bersama.
Sejak ditubuhkan dari tahun 2012, NZR Properties telah berkembang menjadi antara kontraktor pembinaan rumah paling diyakini di negeri Selangor.
Kami amat berbangga dengan seluruh kakitangan dan team kami dalam membantu menaikkan misi dan visi syarikat untuk menjadi peneraju pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti tinggi.
Syabas & Tahniah!!

Misi
- Beriltizam menjadikan syarikat berdaya maju yang mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan sepanjang masa.
Visi
- Memastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh tenaga mahir.
- Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi tepat.
- Berusaha memastikan perlaksanaan kerja menepati tempoh masa.
- Sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra.
- Mengenalpasti lokasi tanah yang sesuai dan strategik untuk kediaman.
NZR PROPERTIES adalah sebuah syarikat Pemaju Hartanah dan Kontraktor Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri yang dimiliki oleh bumiputera.
Jika anda memiliki tanah sendiri dan berminat untuk membina rumah mengikut design dan citarasa anda? NZR PROPERTIES sedia untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk membina rumah idaman anda bagi warga Selangor.
NZR PROPERTIES berdaftar dengan SSM pada 2012 dan berdaftar CIDB sejak tahun 2018 di Selangor.
Misi kami adalah untuk membantu anda memiliki tanah dan membina rumah idaman anda dengan design yang tersendiri.
Selain pembinaan rumah, NZR PROPERTIES turut sediakan khidmat melukis pelan, urusan permohonan untuk kelulusan pembinaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan urusan Pembiayaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), urusan Pembiayaan melalui Koperasi/Bank dan Permohonan KWSP (Bina Rumah).
Peneraju Industri Jual Beli Hartanah dan Pembinaan Rumah di Selangor
