Kontraktor Bina Rumah No#1 di Selangor

NZR Properties merupakan kontraktor pembinaan rumah berpengalaman selama lebih 8 tahun dan beroperasi di Selangor.

NZR Properties TIDAK mempunyai sebarang rekod projek terbengkalai di mana-mana tapak pembinaan dan syarikat kami adalah kontraktor bina rumah yang amat dipercayai. Kami komited menyiapkan kerja dengan cekap, kemas dan berkualiti agar pelanggan kami sentiasa berpuas hati dan dapat menikmati rumah idaman mereka.

Kami juga mempunyai “printed” koleksi pelan rumah yang siap sedia digunakan lebih daripada 249 design terkini jika anda berjumpa dan berbincang dengan kami.

Pembinaan rumah kami juga dijalankan mengikut konsep ‘Design & Build’ mengikut citarasa dan bajet pelanggan.

Alhamdulillah, lebih 87 unit rumah banglo pelbagai design telah disiapkan. Kami telah membantu 199 pelangan-pelanggan kami dari A to Z bermula penyediaan tanah untuk tapak rumah, 3D Pelan sehingga siap bina rumah dan diduduki.

Kami telah membantu lebih daripada 199 orang mempunyai tanah dan rumah sendiri dan kerja-kerja renovasi untuk rumah mereka. Hari esok, Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang akan kami bantu.

PELANGGAN
0
BANGLO SIAP
0
TEAM
0
PROJEK SIAP
0

NZR PROPERTIES adalah sebuah syarikat Pemaju Hartanah dan Kontraktor Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri yang dimiliki oleh bumiputera.

Jika anda mempunyai tanah sendiri dan berminat untuk membina rumah mengikut reka bentuk dan citarasa anda? NZR PROPERTIES sedia untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk membina rumah idaman anda bagi warga Selangor.

NZR PROPERTIES berdaftar dengan SSM pada 2012 untuk bergiat cergas dalam pelbagai bidang hartanah dan berdaftar CIDB sejak tahun 2021 di Selangor.
Misi kami adalah untuk membantu anda mempunyai tanah dan membina rumah idaman anda dengan reka bentuk yang tersendiri.

Selain pembinaan rumah, NZR PROPERTIES turut menyediakan khidmat melukis pelan, urusan permohonan untuk kelulusan pembinaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan urusan Pembiayaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), urusan Pembiayaan melalui Koperasi/Bank dan Permohonan KWSP (Bina Rumah).