Bina Banglo Atas Tanah Sendiri Secara Pinjaman LPPSA
Kontraktor Yang Dipercayai
NZR Properties merupakan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan juga SSM yang beroperasi di Selangor dan sedang meluaskan jajahan perkhidmatan kami di sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan.
Pengasas NZR Properties
NZR Properties adalah Kontraktor Bina Banglo Secara Reka dan Bina di Selangor dan sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan). Kami membantu pelanggan yang ingin bina rumah secara TUNAI atau PINJAMAN melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk Kakitangan Awam yang layak.
NZR Properties membantu pelanggan membina Banglo kediaman yang cantik dan selesa untuk keluarga atas tanah sendiri secara Tunai atau secara Pinjaman LPPSA dari Idea hingga serah kunci.
NZR Properties sangat komited dan akan memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan.
Kelebihan Bina Banglo Dengan NZR Properties
Kami berikan penjelasan Proses, Teknikal dan gambaran sebelum mula kerja hingga siap.
Kami buat lawatan tapak dan bincang dengan pelanggan.
Tempoh pembinaan yang CEPAT.
Kami telus spesifikasi yang digunakan.
Pembinaan mengikut Kontrak Perjanjian Dan Jaminan Pembaikan Kecacatan.
PAKEJ 15K
Khas untuk pelanggan BINA BANGLO SECARA PINJAMAN LPPSA. Bayaran RM 15K secara berperingkat.
- Kami akan buatkan untuk anda rekabentuk ‘design’ banglo ikut citarasa anda seperti konsep, keluasan, keperluan dan sesuaikan ikut kelayakan anda dan keperluan PBT / Majlis.
- Kami akan buatkan lukisan untuk kemukaan ‘submission’ kepada PBT/ Majlis dan lukisan pembinaan akitek, jurutera sivil dan M&E. Kami akan sediakan lukisan perspektif 3D yang cantik untuk anda.
- Pihak perunding akan bertanggungjawab dari rekabentuk sehingga kemukaan CCC (Certificate of Completion and Compliance).
- Perunding yang bertauliah dan berpengalaman menguruskan dari rekabentuk hingga siap.
- Peguam yang berdaftar dengan LPPSA yang akan menguruskan urusan pinjaman.
TERMA DAN SYARAT
- Bina atas tanah sendiri Geran Individu dan berstatus Bangunan.
- Lokasi pembinaan hanya di Seluruh Selangor dan sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan).
- Keluasan binaan minima 1,500kps.
- Tertakluk kepada spesifikasi standard NZR PROPERTIES.
- Tidak termasuk kos guaman.
- Tidak termasuk syarat tambahan dari PBT / Majlis (ikut keperluan Majlis).
- Harga dari RM 170 skp (setingkat).
- Harga bergantung kepada Rekabentuk, Lokasi dan Harga pasaran bahan binaan.
Berminat Nak Kami Bantu Bina Rumah Banglo Anda?
Kami Bina 10 buah Banglo sahaja setahun kerana kami amat komited untuk menjaga hasil kerja kami.
Jadi JANGAN BERLENGAH Lagi!!!@@Tempah Slot Anda Sekarang!!!
ISI MAKLUMAT ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA DAN SPESIFIKASI
Soalan yang Sering Ditanya
Rekabentuk dari asas hingga siap perincian mengambil masa anggaran 1 bulan ke 2 bulan bergantung komen pelanggan. ‘Submission’ ke OSC hingga dapat kelulusan PBT / Majlis anggaran 2 bulan hingga ke 4. Tempoh keseluruhan anggaran 3 bulan ke 6 bulan. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada PBT / Majlis.
Kos telah dijelaskan di dalam harga dan spesifikasi. Untuk lebih terperinci kos bergantung kepada Rekabentuk banglo setingkat atau 2 tingkat dan jenis bumbung serta kemasan, Jenis asas iaitu cerucuk atau ‘footing’, lokasi iaitu jauh dari jalan utama, spesifikasi tambahan oleh pelanggan dan harga pasaran semasa iaitu harga bahan binaan dan gaji pekerja.
Tempoh masa pembinaan banglo setingkat dan 2 tingkat adalah berbeza kerana proses dan aturan kerja adalah berbeza. Jangka masa pembinaan untuk kerja asas dan kerja kemasan yang mengambil masa agak panjang. Jangkaan tempoh pembinaan banglo setingkat adalah sekitar 6 hingga 8 bulan bergantung kepada saiz rumah.
Ya, kami NZR PROPERTIES adalah Kontraktor Reka dan Bina Banglo. Kami bantu dengan kepakaran dan team kami dari idea, design hingga siap. Anda hanya perlu beri tahu kami keperluan rumah, saiz tanah, lawatan tapak dan bajet anda. Kami akan sediakan spesifikasi, sebutharga dan perjanjian. Seterusnya kami uruskan sampai siap.
Kami hanya beroperasi di Selangor sahaja. Walaubagaimana pun ada juga khidmat kami di hanya sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan) yang sedang kami luaskan tumpuan kami buat masa ini.